Melamine... Selamat digunakan atau tidak?

Pinggan menjadi pekakasan wajib bagi setiap rumah. Pinggan menjadi bekas utama untuk kita rakyat Malaysia untuk meletak makanan. Bagi orang kayangan pula, ada juga menggunakan pinggan sebagai perhiasan.

Hari ini, saya berkongsi sedikit penggunaan pinggan yang diperbuat daripada melamine. 

Tapi adakah selamat menggunakan melamine ware?

Melamine ware seperti pinggan-mangkuk, jag, cawan dan gelas banyak digunakan dalam penyediaan makanan di rumah, restoran dan kedai-kedai makan. Melamine ware diperbuat daripada melamine, urea, bahan organik dan formaldehid. Melamine merupakan bahan yang tahan haba dan sangat stabil. Melamine ware mampu tahan pada haba yang lebih tinggi berbanding barangan plastik lain.

Akan tetapi, ada juga yang merisaukan. Jika melamine ware tersebut bercalar dan berubah warna, lebih baik kita tidak menggunakannya. Risau migrasi melamine masuk ke dalam makaman kita. 

Apakah Kesan Melamine Kepada Manusia?

Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi (rasa tidak selesa seperti gatal-gatal/sakit/pedih) apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata.

Melamine yang kita termakan tanpa sengaja boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan, pembentukan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal terutamanya kepada bayi.

#foodsafetyfirst

Rujukan: 
📚Melamine in Tableware: Questions and Answers. (2013, March 25). Retrieved at April 3,2014 from S. Food and Drug Administration : http://www.fda.gov/Food/ResourcesForYou/Consumers/ucm199525.htm
📚MyHealth

Comments