👩‍🍳👨‍🍳Pakaian dan Kebersihan Diri Pengendali Makanan

Besar tanggungjawab sebagai seorang pengendali makanan. Ini adalah kerana, keselamatan dan kebersihan makanan bermula daripada pengendali makanan itu sendiri. 

Sebagai seorang pengendali makanan, beliau perlu memastikan pakaian yang dipakai semasa mengendalikan makanan hendaklah berkeadaan bersih, sesuai (tidak hanya memakai singlet, berseluar pendek) dan wajar serta tidak menyumbang kepada apa-apa pencemaran makanan. 

Sebagai contoh pengendali makanan perlu memakai pakaian pelindung seperti apron yang bersih, sesuai dan berwarna cerah, memakai penutup kepala dan kasut bertutup semasa mengendalikan makanan. 

Kebersihan diri

Adalah menjadi tanggungjawab pengendali makanan untuk mengekalkan kebersihan diri pada tahap yang tinggi termasuklah:

👨‍🍳Menyimpan kuku yang pendek dan bersih.

👩‍🍳Menanggalkan apron sebelum ke tandas.

👨‍🍳Membasuh tangan sebelum memulakan kerja, sebaik selepas menggunakan tandas dan selepas mengendalikan bahan makanan mentah atau apa-apa bahan yang tercemar.

👩‍🍳Tidak melakukan apa-apa kelakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran makanan contohnya; tidak batuk, meludah, menjilat jari, menggaru tubuh badan, menghembus hingus, merokok atau mengunyah tembakau, pinang atau gula-gula getah.

👨‍🍳Tidak meletak apa-apa barang di dalam poket mana-mana pakaian atau apron yang boleh menyebabkan kepada apa-apa pencemaran makanan

👩‍🍳Tidak memakai perhiasan diri, jam, pin atau aksesori yang lain.

Pengendali makanan yang menjaga kebersihan diri akan menghasilkan makanan yang bersih dan selamat. 

Perhatikan gambar mengikut turutan, kisah yang sama mungkin pernah berlaku pada diri anda.

Sebelum memesan makanan, jeling-jeling juga pengendali makanan ye.

#foodsafetyfirst

Comments