Merupakan satu peraturan di bawah akta induk iaitu Akta Makanan 1983 (Akta 281).
Peraturan ini telah diwartakan pada 2 Februari 2009.
Secara amnya PPKM 2009 telah digubal sejak tahun 1983 lagi berdasarkan beberapa garis panduan seperti Kod Amali Kebersihan Makanan 1974, The Codex general Principal of Food Hygiene, Regulation (EC) No. 852/2004 (hygiene of foodstuffs) dan regulation (EC) No. 853/2004 (hygiene rules for food of animal origin).
Peraturan ini diwujudkan secara amnya adalah untuk menyediakan satu prasarana yang boleh mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di negara ini bagi melindungi kesihatan rakyat.
Secara spesifiknya pula adalah untuk memastikan premis makanan bersih dan memuaskan dari segi rekabentuk dan bangunan, memastikan pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan yang boleh mencemarkan makanan, memastikan perkakas dan peralatan yang digunakan sesuai, bersih dan mudah dicuci, membantu, mengukuh dan menyeragamkan aktiviti penguatkuasaan kebersihan makanan di premis makanan termasuk yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mewajibkan program jaminan keselamatan makanan (PJKM) seperti HACCP, GMP dan MeSTI.
Jika industri atau pengusaha makanan belum mendapat Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan ini, boleh di beli di kedai buku berhampiran atau dari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Comments
Post a Comment