Krim Tartar adalah sejenis serbuk berwarna putih dan tidak mempunyai bau. Nama kimianya ialah potassium bitartrate atau kalium hydrogen tartrat.
Terdapat krim tartar di pasaran mempunyai logo halal akan tetapi kita juga perlu berhati-hati kerana ada juga yang tidak halal. Krim tartar yang tidak halal ini adalah berasal daripada bahan sampingan yang terhasil dari proses pembuatan wain. Ianya diambil daripada bahan mendapan yang terhasil selepas proses pembuatan wain. Bahan-bahan ini akan terbentuk di bahagian tepi tong untuk menghasilkan wain akan di kikis dan di bersihkan. Bahan ini kemudiannya akan dikisar menjadi serbuk.
Krim tartar kebiasaannya digunakan sebagai topping ‘meringue’. Krim ini bukan sahaja boleh membantu menstabilkan telur putih dan membolehkan ianya mengekalkan tekturnya apabila dipukul rata, malah ianya membantu untuk membuatkannya lebih tahan panas.
Kegunaan lain ialah untuk menstabilkan ‘whipped cream’, menghalang perubahan warna pada sayuran apabila direbus dan menghalang sirap gula daripada membentuk kristal. Ia juga ada digunakan untuk mengaktifkan ‘Baking Soda’ dan kadangkala ianya digunakan sebagai ganti kepada garam.
Di dalam Peraturan 79, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, krim tartar hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 99 peratus asid tartrat dihitung sebagai kalium hydrogen tartrat. Ia hendaklah ditulis pada label di atas sesuatu bungkusan yang mengandungi krim tartar yang hendak digunakan dalam makanan dengan perkataan “krim tartar” dan suatu pernyataan memberi arahan mengenai penggunaannya
Comments
Post a Comment